Isnin, 18 Januari 2016

Contoh karangan spm:tentang diri saya

Nama saya muhammad idil Asraf bin Azhar.saya berumur 17 tahun,Saya berasal dari Ujong pasir,Melaka.Saya dilahirkan pada tangal enam januari tahun sembilan belas sembilan puluh sembilan,di hospital Besar Melaka.Selain melayu saya mempunyai darah campuran Pakistan,bugis dan Arab kerana datuk dan nenek saya yang berkahwin campuran.saya memulakan persekolahan peringkat rendah di sekolah menengah kebangsaan Durian Tunggal.selepas itu saya bersekolah di sekolah menengah kebangsaan durian Tunggal di peringkat menegah.Saya merupakan anak sulung dari empat adik beradik

Ayah saya bernama Azhar bin Ahmad,namun dia meninggal Dunia ketika saya berusia 10 tahun kerana menghidap kansr hati,sebelum meninggal dunia beliau pernah berhikmat sebagai warden di pusat serenti tiang dua yang terletak di ayer keroh melaka.nama Ibu saya ialah Rosmah binti mahmood,.Beliau berasal dari Ujong pasir.beliau merupakan anak 7 dari sembilan adik beradik.

Saya memiliki 3 orang adik,yang pertama Bernama Nurnatasha binti azhar dan yang ke 3 Muhammad firdaus binti azhar kedua duanya berusia 13 tahun dan merupakan pasangan kembar  yang dilahirksn pada tanggal 21 disember 2003 di hospital besar. Melaka,mereka turut bersekolah di smk durian tunggal.manakala Adik bongsu saya berusia 9 tahun. Dan bersekolah di sk durian tunggal

Hobi saya adalah bermain futsal bersama rakan saya pada hujung minggu.saya sering bermain futsal di gelanggang futsal berdekatan Rumah saya.dengan bermain futsal saya dapat menyihatkan tubuh badan saya dan mengisi masa lapan dengan melakukan perkara yang berfaedah.

Itulah serba sedikit biodata diri saya serta keluarga saya sekian

Jumaat, 15 Januari 2016

Hanya Mampu Melihat

Hanya Mampu Melihat

Ketika ini sedang berlangsungnya piala asia bawah 23 tahun di qatar.Tertapi kita hanya mampu melihat pasukan-jiran kita beraksi di piala ini dengan penuh rasa cemburu,sedih,iri hati.Dimanakan pasukan kita yang dulunya berbanga dengan kejuaraan berturut-turut sukan sea 2009 dan 2011.Dimana?sedang bersiap dengan squad projek mengarut tu.Sampai bila kita hanya menyasarkan asia tenggara?dikala thailand dan vietnam jauh meninggalkan kita tanpa menoleh kebelakang.Jadi di sini saya senaraikan   beberapa langkah yang sepatutnya diambil agar negara kita mampu bangkit pada masa akan datang.

1.Membiarkan pemain bermain bersama kelab masing masing

Pada bulan disember yang lalu,Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM),telah memberikan khabar gembira kepada seluruh peminat bola sepak negara apabila membubarkan program harimau muda,Walaubagaimana pun pembubaran itu umpama tak bererti apabila digantikan  dengan squad projek sukan sea Kuala Lumpur 2017 yang cara dan pengurusanya tidak berubah seperti program sebelum ini iaitu mengumpulkan sejumlah pemain berbakat dalam satu pasukan.Ia semestinya membantutkan pembanggunan para pemain muda kebangsaan kerana mereka hanya bersaing sesama sendiri.Sepatutnya pemain pemain ini dibiarkan bebas mewakili kelab mereka di dalam liga Malaysia,Dengan cara itu pedkembangan pemain muda negara akan meningkat lebih baik apabila harus bersaing dengan pemain pemain senior dan import yang pastinya memiliki kehebatan dan pengalaman yang sangat luas yang pastinya akan membantu pemain meningkankan prestasi dan kebolehan ke arah yang lebih baik.

2.Kelab Seharusnya Memiliki Akedemi remaja sendiri

Ketika ini kelab kelab bola sepak di Malaysia hanya memiliki squad bawah 21 dan 19 tahun,itu pun dari sesi pemilihan.selebihnya mereka hanya akan menghantar sekolah sukan untuk bersaing dalam liga liga remaja yang dianjurkan di negara ini.Sebagai sebuah pasukan bola sepak yang
Profesional,mereka seharusnya memikiki akademi bola sepak yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti biasiswa,padang dan fasaliti kelas antarabangsa dan pihak kejuratihan bertaraf antarabangsa.Dengan penubuhan akademi seperti ini,pastinya lebih ramai bakat yang berkualiti dapat dilahirkan dan seterusnya dibekalkan kepada squad kebangsaan.

3.Menghantar pemain muda ke liga luar negara.

Liga bola sepak di Malaysia kini bolehlah dikatakan antara yang terbaik di asia,walaubagaimanapun pemain muda negara juga perlu dihantar berlatih atau mungkin ditawarkan kontrak bersama pasukan pasukan dari liga liga dari luar.Tidak perlu ke eropa,Jika dapat beraksi bersama pasukan di liga Jepun,China,Thailand pun pastinya sudah memadai kerana liga disana semestinya lebih baik dari liga kita dari segi pemain,corak permainan,kejurulatihan dan fasaliti.

Sekian saja untuk catatan kali ini,biarpun pandangan ini tidak akan sampai ke badan induk bola sepak negara(fam) dan juga kelab di Malaysia,tapi sekurang-kurangnya kita dapat menyedari apa yang perlu dilakukan jika kira tak mahu situasi hanya mampu melihat menghantui kita dimasa akan datang.Sekian Terima kasih


Mimpi Yang nyata