Jumaat, 15 Januari 2016

Hanya Mampu Melihat

Hanya Mampu Melihat

Ketika ini sedang berlangsungnya piala asia bawah 23 tahun di qatar.Tertapi kita hanya mampu melihat pasukan-jiran kita beraksi di piala ini dengan penuh rasa cemburu,sedih,iri hati.Dimanakan pasukan kita yang dulunya berbanga dengan kejuaraan berturut-turut sukan sea 2009 dan 2011.Dimana?sedang bersiap dengan squad projek mengarut tu.Sampai bila kita hanya menyasarkan asia tenggara?dikala thailand dan vietnam jauh meninggalkan kita tanpa menoleh kebelakang.Jadi di sini saya senaraikan   beberapa langkah yang sepatutnya diambil agar negara kita mampu bangkit pada masa akan datang.

1.Membiarkan pemain bermain bersama kelab masing masing

Pada bulan disember yang lalu,Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM),telah memberikan khabar gembira kepada seluruh peminat bola sepak negara apabila membubarkan program harimau muda,Walaubagaimana pun pembubaran itu umpama tak bererti apabila digantikan  dengan squad projek sukan sea Kuala Lumpur 2017 yang cara dan pengurusanya tidak berubah seperti program sebelum ini iaitu mengumpulkan sejumlah pemain berbakat dalam satu pasukan.Ia semestinya membantutkan pembanggunan para pemain muda kebangsaan kerana mereka hanya bersaing sesama sendiri.Sepatutnya pemain pemain ini dibiarkan bebas mewakili kelab mereka di dalam liga Malaysia,Dengan cara itu pedkembangan pemain muda negara akan meningkat lebih baik apabila harus bersaing dengan pemain pemain senior dan import yang pastinya memiliki kehebatan dan pengalaman yang sangat luas yang pastinya akan membantu pemain meningkankan prestasi dan kebolehan ke arah yang lebih baik.

2.Kelab Seharusnya Memiliki Akedemi remaja sendiri

Ketika ini kelab kelab bola sepak di Malaysia hanya memiliki squad bawah 21 dan 19 tahun,itu pun dari sesi pemilihan.selebihnya mereka hanya akan menghantar sekolah sukan untuk bersaing dalam liga liga remaja yang dianjurkan di negara ini.Sebagai sebuah pasukan bola sepak yang
Profesional,mereka seharusnya memikiki akademi bola sepak yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti biasiswa,padang dan fasaliti kelas antarabangsa dan pihak kejuratihan bertaraf antarabangsa.Dengan penubuhan akademi seperti ini,pastinya lebih ramai bakat yang berkualiti dapat dilahirkan dan seterusnya dibekalkan kepada squad kebangsaan.

3.Menghantar pemain muda ke liga luar negara.

Liga bola sepak di Malaysia kini bolehlah dikatakan antara yang terbaik di asia,walaubagaimanapun pemain muda negara juga perlu dihantar berlatih atau mungkin ditawarkan kontrak bersama pasukan pasukan dari liga liga dari luar.Tidak perlu ke eropa,Jika dapat beraksi bersama pasukan di liga Jepun,China,Thailand pun pastinya sudah memadai kerana liga disana semestinya lebih baik dari liga kita dari segi pemain,corak permainan,kejurulatihan dan fasaliti.

Sekian saja untuk catatan kali ini,biarpun pandangan ini tidak akan sampai ke badan induk bola sepak negara(fam) dan juga kelab di Malaysia,tapi sekurang-kurangnya kita dapat menyedari apa yang perlu dilakukan jika kira tak mahu situasi hanya mampu melihat menghantui kita dimasa akan datang.Sekian Terima kasih


Tiada ulasan:

Catat Ulasan